Sabtu, 8 Oktober 2011

saya bukan pengemis........

seorang pemuda masuk ke dalam sebuh restoran untuk memesan makanan. tak beberape lama kemudian pesanannya sampai. ketika pemuda itu hendak menyantap makanannya, datanglah seorang budak lelaki penjual kuih kepadanya, bang, nak beli kuih??






Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab, "tidak, saya sedang makan."
budak lelaki tersebut tidak putus asa dengan tawaran pertama.dia menunggu sehingga pemuda itu selesai makan. lalu dia tawarkan lagi kuih jualannya, "bang, nak beli kuih?" pemuda tersebut menjawab, "tidak dik, saya sudah kenyang." pemudaitu lalu membayar di kaunter dan berlalu pergi darirestoran itu. budak lelaki penjaja kuih itu mengikutnya. sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanaya. budak lelaki itu berfikir, "aku akan cuba tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu mungkin dia membawanya pulang untuk orang di rumahnya."
Apa yang dilakukanoleh budak lelaki itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba kekurangan. saat pemuda itu keluar dari restoran, budak lelakipenjaja kuih itu menawarkan kuih jualannya untuk yangketiga kali.
"bang, nak beli kuih?"
kali ini pemuda itu berasa tidak sampai hati untuk menolak.kemudian, dia mengeluarkan wang sepupuh ringgit dari dompet dan diberikan kepada budak lelaki itu sebagai sedekah.
"Diak, ambil wang ini. saya tidak beli, Anggap saja ini sedekah daripada saya buat adik." katanya. Budak lelaki itu mengambil wang pemberian pemuda itu lalu memberikannya kepada seorangpengemis yang sedang memintaminta. Betapa terkejutnya pemuda itu. Budak lelaki penjaja kepada kuih tersenyum dan menjawab, "saya sudah berjanji kepada ibu saya di rumah untuk menjualkan kuih buatannya, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya saya. ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis."
Pemuda tadi akhirnya memborong semua kuih yang dijaja oleh budak lelaki itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar kerana prinsip yang dimiliki oleh budak lelaki itu kerja adalah sebuah kehormata. Dia akan mendapatkan wang kalau dia bekerja dengan baik.....